KOTA KINABALU: Usaha memupuk perpaduan ummah menuntut keikhlasan dan persefahaman bagi memastikan ia terus terpelihara sekali gus mengekalkan keharmonian hidup dalam kalangan rakyat terutama di Sabah dan Malaysia.
Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin berkata perpaduan sangat penting kerana ia merupakan faktor utama yang menjadi tunjang kepada kelestarian negeri serta negara dalam melakar kemajuan dan kesejahteraan rakyat.
Justeru beliau berkata, pengukuhan persaudaraan dalam kalangan umat Islam dan perpaduan masyarakat pelbagai bangsa dan suku kaum, budaya serta agama perlu diperkasa secara berterusan.
"Perpaduan itu menuntut keikhlasan dan persefahaman daripada kita semua dan usaha menyemai perpaduan perlu dilakukan, selami (hayati sunnah) Baginda Rasulullah SAW.
"Jadikan kemanisan iman dan kebahagiaan hidup kita ini sesuai dengan matlamat hidup sebagai hamba Allah.
"Saya juga mengajak hadirin sekalian menzahirkan kasih sayang kepada Baginda Rasulullah SAW," katanya dalam perutusan pada Majlis Perhimpunan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah 1445H/2023M di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Kadzim M Yahya serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.
Terdahulu dalam ucapannya, Hajiji berkata Rasulullah SAW sentiasa mengingatkan betapa pentingnya perpaduan kerana persengketaan boleh merugikan rakyat, sekali gus membawa kepada perpecahan dan kehancuran.
"Dalam konteks Sabah, semangat kekitaan serta perpaduan kaum perlu sentiasa dijaga dan dipelihara. Sekarang masa untuk kita mempertingkatkan lagi silaturrahim, membina ukhuwah dan kesepakatan kerana kita perlu merencana dan mengatur masa hadapan yang lebih kondusif serta cemerlang," katanya.
Beliau berkata kerajaan negeri Sabah melalui sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) sedang menyusun dan akan melaksanakan program untuk menoktahkan kemiskinan tegar antaranya peruntukan RM125 juta setiap tahun untuk membina Rumah SMJ yang diberikan kepada rakyat miskin tegar.
"Kerajaan juga akan memperuntukkan RM175 juta, khas untuk program membasmi kemiskinan dengan mendapatkan peluang pekerjaan kepada golongan sasar bagi membolehkan mereka terkeluar daripada kategori miskin tegar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 28 2023
Tun Juhar (empat, kiri) bersama Hajji Noor (dua, kanan) serta orang ramai menyertai perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah dari Padang Merdeka menuju ke SICC. -Bernama
Kerajaan serius gubal Dasar Gaji Progresif sektor swasta - PM Anwar
Kerajaan serius gubal Dasar Gaji Progresif melibatkan sektor swasta, selaras dengan penambahbaikan gaji dan elaun penjawat awam, kata PM.
MB Inc Perak rangkul Pemegang Lesen Terbaik Bahan Radioaktif
Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) menerusi anak syarikatnya, Amanjaya Global Sdn Bhd, diiktiraf sebagai Pemegang Lesen Terbaik untuk Kategori Bahan Radioaktif(Kawalan VI) bagi tahun 2021-2023.
Forum Air Dunia ke-10: Badan PBB gariskan dua acara untuk elak krisis air
ESCAP telah menekankan dua langkah yang boleh membantu memastikan kekurangan air bermusim, kemarau dan bencana berkaitan air tidak bertukar menjadi krisis yang berlarutan.
Kedutaan China lancar lagu khas sempena sambutan jubli emas Malaysia-China
Lagu berdurasi empat minit dan 19 saat itu telah dimuat naik di laman sosial Facebook rasmi kedutaan pada Selasa.
Nurul Izzah mahu 'berguru' dengan Mohd Azizulhasni, Muhammad Shah Firdaus
The Pocket Rocket Women mahu menimba ilmu dengan Azizulhasni Awang serta Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang berpengalaman.
Kelantan cadang adakan pakej umrah menerusi penerbangan terus dari LTSIP
Cadangan itu bukan sahaja memberi kemudahan kepada rakyat Kelantan, malah penduduk Terengganu dan empat wilayah di Selatan Thailand.
Rapid Bus, Volvo meterai MoU operasi percubaan bas elektrik
Rapid Bus Sdn Bhd dan Volvo Buses Malaysia menandatangani MoU pelaksanaan operasi percubaan bas elektrik baharu Volvo BZL-GML Eco Range.
Kerajaan mulakan usaha penggubalan Akta Keupayaan Mental
Kerajaan menerusi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah memulakan langkah ke arah penggubalan Akta Keupayaan Mental.
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
UK ingin tingkatkan lagi kerjasama dengan Sabah lonjakkan ketibaan pelancong - Pesuruhjaya Tinggi
Kerajaan UK menyemak nasihat perjalanan ke timur Sabah tahun lepas bagi menarik lebih ramai rakyat British melancong ke negeri itu.
Bangunkan masyarakat holistik melalui Malaysia MADANI - Tun Juhar
Katanya, Malaysia MADANI juga wajar dijadikan sebagai prinsip utama dalam melaksanakan agenda pembangunan masyarakat dan pembinaan negara.
Acryl Sani dahului 1,209 senarai penerima darjah kebesaran Sabah
Acryl Sani adalah antara dua penerima Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.
Kekalkan perpaduan rakyat dengan keikhlasan, persefahaman - Tun Juhar
Perpaduan sangat penting kerana ia merupakan faktor utama yang menjadi tunjang kepada kelestarian negeri serta negara dalam melakar kemajuan dan kesejahteraan rakyat.
Tun Juhar terima kunjungan hormat PM Anwar
Anwar kemudiannya berlepas ke Manila pada jam 11.30 pagi untuk melakukan lawatan rasmi dua hari ke Filipina.
Hajiji umum rombakan Pembantu Negeri Sabah
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Nor hari ini mengumumkan rombakan Pembantu Menteri negeri Sabah yang menyaksikan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah.
Tiga ADUN angkat sumpah jawatan Pembantu Menteri Sabah
Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah jawatan sebagai Pembantu Menteri kerajaan Sabah di Istana Seri Kinabalu hari ini.
Politik Sabah: SD sudah dihantar, tidak puas hati boleh ke mahkamah - Hajiji
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor akhirnya membuka mulut dan mengesahkan beliau mempunyai sokongan daripada 44 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah untuk terus menerajui kerajaan negeri.
Tun Juhar dilantik semula TYT Sabah bagi penggal keempat
Juhar, 69, dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-10 pada 1 Jan 2011 bagi menggantikan Tun Ahmadshah Abdullah.
Tun Juhar rai tetamu khas di Istana Seri Kinabalu sempena Aidilfitri
Kira-kira 200 tetamu khas menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan secara sederhana di Istana Seri Kinabalu itu.